Peringatan dari ALLAH Subhanahu wa ta'ala sudah semakin hampir.
Mengambil petunjuk dari Surah At Tin bahawa pergolakan akhir zaman sudah hampir tercetus melibatkan 3 daerah agung ini:
1. Falestin-Syria-Israel (Wal-Tin-i-waz-zaitun)
2. Mesir (Thurisin)
3. Mekah (al Baladul amin)
Menurut Ibn Kathir dalam tafsirnya, sebahagian besar ulama mengatakan maksud Allah itu adalah untuk menunjukkan keutamaan 3 daerah yang penting di muka bumi yang pernah menyaksikan perutusan para Nabi di kalangan Ulul Azmi yang membawa tiga watikah besar iaitu Nabi Muhammad yang diutuskan di bumi Makkah (al-Baladul Amin), Nabi Isa yang diutuskan di bumi yang dipenuhi dengan pokok Tin (Wal-Tin) dan Kawasan Sinai (Turusinin) yang pernah diutuskan Nabi Musa AS.
Ibn Kathir memperkukuhkan hujjahnya dengan mengemukakan seruan yang hampir sama yang dapat kita lihat dalam kitab Taurat.
Tema utama surah ini adalah menyentuh tentang kesempurnaan kejadian manusia dan faktor KEJATUHANNYA.
Surah ini mengingatkan manusia bahawa kesempurnaan kejadiannya hanyalah berlaku apabila dia menggunakan segenap potensi yang Allah bekalkan selari dengan petunjuk dan perintahNya.
Kejatuhannya pula adalah disebabkan pengabaiannya segala anugerah-anugerah Allah SWT itu.
Ayat ke 5 menjelaskan bahawa Allah SWT akan menjadikan kejadian yang mulia itu menjadi hina hingga akhirnya menjadi bahan bakaran api neraka. Penghinaan ini adalah berpunca dari kegagalan manusia mentaati Allah dan rasulNya.
Ayat ke 6; Kami kembalikan dia ke serendah-rendah peringkat orang-orang yang rendah, Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, maka mereka beroleh pahala yang tidak putus-putus.
Ayat ke 7; (Jika demikian kekuasaanKu), maka apa pula yang menjadikan engkau seorang pendusta, (berkata tidak benar) mengenai hari pembalasan, sesudah (ternyata dalil-dalil yang membuktikan kekuasaanKu mengadakan hari pembalasan) itu?
Perkara ini adalah bertepatan dengan maksud hadis, riwayat Ahmad, Muslim dan lain-lain : Sesungguhnya Allah SWT tidak melihat kepada rupa paras kamu tetapi Dia melihat kepada hati-hati kamu dan amalan kamu.
Firman Allah SWT menerusi ayat pertama hingga ke 8 dari surah al-Tiin :
1. Demi buah tiin dan zaitun,
2. Dan gunung Tursina,
3. Serta negeri (Mekah) yang aman ini;
4. Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya).
5. Kemudian (jika dia panjang umur sehingga tua atau menyalahgunakan kelengkapan itu),
6. Kami kembalikan dia ke serendah-rendah peringkat orang-orang yang rendah, Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, maka mereka beroleh pahala yang tidak putus-putus.
7. (Jika demikian kekuasaanKu), maka apa pula yang menjadikan engkau seorang pendusta, (berkata tidak benar) mengenai hari pembalasan, sesudah (ternyata dalil-dalil yang membuktikan kekuasaanKu mengadakan hari pembalasan) itu?
8. Bukankah Allah (yang demikian kekuasaanNya) seadil-adil Hakim?
Sampai kepada kita menerusi hadis riwayat Abu Daud dari Abu Hurairah r.a bahawa kita dituntut apabila membaca surah al-Tin ini lalu sampai kepada ayat yang terakhir untuk mengucapkan:
بَلى، وَأنَا عَلى ذَلِكَ مِنَ الشَّاهِدِينَ.
Maksud ucapan ini adalah : Sungguh! Itu benar, dan aku termasuk orang-orang yang bersaksi!
Menceritakan hadith oleh Ismail b Umaiyah berkata: 'Aku mendengar orang Arab berkata: 'Aku mendengar aba Hurairah berkata: 'Telah bersabda Rasulullah (Sollallahu 'alayhi wa sallam): 'Barangsiapa membaca di kalangan kamu dgn (Surah)'at-Tin waz-zaitun' maka sampai ke akhir ayatnya 'Alaisallahi bi-ahkamil hakimin' (yang bermaksud):
Adakah tidak Allah ('Azza Wa Jalla) itu zat yg menghukum orang-orang yg dihukumi?'), maka berkatalah (yakni, berdoalah (atau bacalah)
'Bala! Wa-ana 'ala zalika minasy-syahidina' (yang bermaksud):
Bahkan! Dan aku (atau, kami) dgn demikian itu dari kalangan orang yang menyaksikan (ketetapan Allah ('Azza Wa Jalla)'.
Dan, barangsiapa membaca: 'la uqsimu bi-yaumil-qiamah' (yang bermaksud: Aku (Allah) bersumpah dengan Hari Kiamat) maka sampai ke ayat 'Alaisa zalika bi-qadirin 'ala an yuhyial mauta' (yang bermaksud):
Adakah tidak (Allah yg berbuat) sedemikian berkuasa menghidupkan (semula) orang yg mati?'), maka berkatalah (yakni, bacalah:)
'Bala' (yg bermaksud: 'Bahkan').
Dan, barangsiapa membaca (Surah) al-Mursalat maka sampai kpd 'Fabiaiyi hadithin ba'dahu yu'minuna' (yang bermaksud):
Maka kpd cerita apakah (sesudah al-Quran) itu beriman mereka?'), maka berkatalah (yakni, sebutlah): 'Amanna billah' (yg bermaksud):
'Aku beriman dgn Allah ('Azza Wa Jalla).
[Hadits Riwayat Abu Daud, Kitab Solat.]










No comments:
Post a Comment